Pengenalan kepada perakaunan ( Modul 1 )
- perekodan urus niaga kewangan yg berlaku dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan secara sistematik
- termasuk prestasi perniagaan, kedudukan kewangan, perangcangan dan analisis kewangan.
SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN
- simpan kira : proses perakaunan yang meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod dan merlapr rekod-rekod perakaunan.
- Perakaunan : bidang yg lebih luas iaitu meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod, melapor, menganalisis, mentafsir, merancang menilai dan merumus.
KITARAN PERAKAUNAN
- tatacara penyediaan rekod perakaunan yang bermula daripada dokumen sumber hingga catatan penutupan akaun.
- Terdiri daripada dokumen sumer dan dokumen bukan sumber yg difailkan secara sistematik untuk memeudahkan rujukan pda masa hadapan.
- Bukti bertulis bagi sesuatu urus niaga.
Buku Catatan Pertama
-Buku yang merekodkan butiran urus niaga. apabila dokumen sumber diterima dan dikeluarkan, maklumat seperti tarikh, amaun dan butiran akan direkodkan dalam BCP
- Terdiri daripada Jurnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit.
Lejar
- Catatan dalam BCP dipindahkan ke lejar dengan menggunakan Sistem Catatan Bergu.
Imbangan Duga
- Senarai baki bagi semua akaun dalam lejar.
- Baki akhir setiap akaun dlam lejar akan disenaraikan dalam ID utk menguji ketepatan dalam catatan bergu.
Pelarasan
- Urus niaga yang diselaraskan pada tarikh imbangan dalam jurnal am dan lejar seperti pelarasan hasil dan belanja, susut nilai aset, peruntukan hutang ragu dan ketinggalan catatan.
- Pelarasan akan dibuat dlam Jurnal Am dan dipindahkan ke dalam lejar utk menentukan baki terkini bagi akaun-akaun berkenaan.
Imbangan Duga Terselaras
- Senarai baki semua akaun termasuk akaun yang telaah diselaraskan pada tarikh imbangan.
- Bertujuan utk menguji ketepatan catatan bergu dalam lejar.
Catatan Penutupan
- Catatan Jurnal Am dan lejar untuk menghitung untung rugi perniagaan bagi suatu tempoh dan melihat kedudukan kewangan perniagaan pada tarikh tersebut.
- disediakan pada akhir tempoh perakaunan
Comments
Post a Comment